Mahir Prompt Engineer (Cohort 1) Minggu 3

29 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Prompt Engineer untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Untuk kelas minggu ketiga ini, para peserta telah diperkenalkan dengan penggunaan AI dan teknik prompt engineering untuk membangunkan laman web profesional tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang mendalam. Peserta juga mempelajari konsep asas pembangunan web seperti Front-End, Back-End, API, UI dan UX, diikuti teknik menghasilkan prompt yang berkesan untuk membina laman e-dagang dan pelancongan menggunakan Gemini serta Lovable. Modul yang diajar juga turut menekankan integrasi chatbot, pangkalan data, sokongan dwibahasa, penerbitan laman web dan pengubahsuaian melalui arahan bahasa semula jadi.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali